Saturday 26 September 2015

Sini Juga Tempat Aku

One hundreds and sixty three days in love. Sampai sini sahaja cerita antara kita.

Dan selepas pada itu,

Mereka kata, kau sia-siakan hidup aku
Mereka kata, kau tak layak untuk aku
Ternyata, sebenarnya bukan macamtu.

Macam nie cerita dia, kita memang tak mungkin bersau hari ini dibumi Allah, tapi di akhirat kelak sapa tahu ? senyuman waktu siang aku hanyalah bekalan untuk aku bawa malam nanti bila sebelum tidur bila semua keadaan dah gelap cecair jernih yang menenami aku sehingga aku lelap. Kesedihan itu hanya seketika jika nak dibandingkan kebahagiaan yang kita kecapi akan datang. Semoga bahagia yang datang ini, bukanlah dengan keterpaksaan ataupun kesalahan. Tapi biarlah berlandaskan apa yang sepatutnya dilandaskan.

Aku tahu aku sudah dikuatkan untuk mampu menerima semua ini, kerana Allah takkan menguji sesuatu diluar kemampuan aku. Anggaplah ini satu pembelajaran supaya berhati-hati dalam memilih. Aku juga tahu aku tidak sendirian, ada kekuatan dari orang-orang terdekat yang menjadi pengantaraan, dan aku yakin sakit ini cuma sekejap sahaja dan seterusnya aku akan mula tersenyum ikhlas dan baik-baik sahaja.

Cinta kan memerlukan Pengorbanan , usaha dan kepercayaan. kenapa kau tidak ?

Ini bukan tentang pengorbanan, tapi tentang sebuah persiapan, bukan juga tentang sekuat mana aku mampu pertahankan tapi tentang sekuat mana aku harus mampu bertahan. Aku benci kau ? aku marah kau ? Mungkin YA, Mungkin juga TIDAK, Aku memilih untuk terus diam. Dalam diam aku terus mencuba mendewasakan diri. Dan dalam diam itu juga aku sudah merelakan semuanya.

Dan pada suatu hari nanti, kita hanya akan menjadi sekeping gambar dan memori. Kadang-kadang kita taktahu nilai sebenarnya moment indah kita tu, sehingga bila suatu hari nanti baru kita sedar itulah memori paling indah dimasa akan datang. Untuk masa ni, ambillah ibrah dari setiap moment itu agar akan menjadi kenangan paling indah di hari tua nanti.

Dalam-dalam menjaga hati orang,
Intai-intailah keadaan hati sendiri

Sabarlah hati, akan ada yang menjagamu dengan baik satu hari nanti. Berdoa dan memohon dariNYA. Semuanya akan baik-baik saja.

Sunday 14 June 2015

Pesan.

Memandangkan cuti semester dah nak sampai ke penghujung, maka kehidupan yang normal akan menjadi tidak normal. walau masing masing sibuk dengan kelas dan hal hal peribadi , I just hope we never forget each other.

Sincerely : HATI

Tuesday 10 February 2015

CAMPUR-CAMPUR

Gilela lama sangat tak update blog nie.. sebab harini takbanyak kerja kat office , boss pun takde so ambil kesempatan jugaklah nak update entry.. padahal kat rumah bukannya takde wifi .. HAHA .

KERJA DAH ?
belum lagi.. sekarang baru tengah praktikal dekat syarikat pelancongan dekat kawasan Temerloh . malas la pergi jauh-jauh.. praktikal jee . nanti dah nak cari kerja sebenar nanti bolehla kot merantau jauh sikit , otak pun berkembang..

Boring.. Sedih.. semua ada kan bila tengah praktikal macam nie.. satu je nak sangat cepat-cepat habis.. rindu kawan-kawan yang selalu menggila dekat Poli.. taksabar nak balek jumpa geng geng mereng tu..

Belajar tinggal lagi 2 semester je.. lepastu tamatlah sesi diploma.. tapi takdapat bau lagi nak kerja apa,nak jadi apa, taknampak lagi semua tu.. Tourism nie best , memang best sesuai sangat untuk yang kaki travel kaki jalan dan segala kaki macam aku nie . tapi , yang tak belajar tourism pun boleh ape berjalan cuma yang special nya bila belajar tourism boleh tahu tempat mana yang best , cara nak survey pakej yang murah dan banyak lagila .. 

Rasa-rasa habis diploma nie nak keluar kot pada bidang nie .. im totally lost dalam bidang nie .. aku tak sesuai kerja dalam bidang nie aku rasa.. kos yang kau takmintak dan kau dapat , ibarat kau buat benda yang kau taksuka . kau hanya boleh buat tapi kau tak feel benda tu . haa macam tulah lebih kurang..

Kalaulah ada rezeki sambung degree memang nak tapi aku nak cuba explore bidang lain .. yang buat aku aktif buka sikit minda dengan luas.. kalau ada rezeki lahh . tapi rasa macam malas je nak sambung degree .. rasa nak kerja terus je .. tapi grade dengan diploma tourism mesti nak kena apply kerja yang ada kaitan dengan tourism kan ? lecehnyaaa .

Sekarang lagi besar lagi banyak benda yang nak kena fikir . tentang masa depan yang masih kelabu kelabu asap lagi . family lagi . kehidupan lagi . kawin ? mestila fikir . gilaa taknak kawin.

lama sangat tak update banyak dah merapu nie . kalau nak cerita semua memang 8 jag air pun takkan habis punya lah cerita dekat sini . cukupla kot , walaupun tak aktif sekali sekala jenguk jugak entries lama . 

Okay cauu dulu . XOXO

Salam Sayang : Aida :)

Friday 7 November 2014

REZEKI

Alhamdulillah rezeki . dah lama sangat aku cuba buat benda niee . dari zaman aku sekolah lagi . berangan nak ada butik sendiri . berangan nak jadi mak andam . berangan macam macam . Alhamdulillah benda tu menjadi sikit sikit . aku dah mula aktif dengan semua tu . entah , aku enjoy bila aku buat benda yang memang aku sukaa . sekarang tengah hot pasal henna . aku lukis . aku suka . dan alhamdulillah semua tengah berjalan dengan baik .harapnyaa bukan lah sekerat jalan . impian untuk buka butik pengantin tu aku akan capaikan . Insyaallah










Friday 24 October 2014

HOBII

Hobi ...
APA yang korang tahu Pasal hobi?
APA yang aku tahu hobi tu bila kita selalu buat benda tu . kits suka Dan kita enjoy .aku pun Ade hobi . nak tahu ? Takpayah lahh nanti satu hair nanti semua akan tahu itulah hobi aku . Supriseee !

Jam menunjukkan pukul 3 pagi . study malas tapi rase rajin nak update entry . Hmm . taktahu lag nak share dengan siapa . blog nie pun takleh caye takut ada yang skodengg . hmm susahhsusahh :/

Okaylahh enough.  Lagi panjang lagi merapu.  Haa baidewayy , gudluck awak wakil silat malaysia pegi uzbekistan . saya doakan awak menang . imissyou :)

Friday 10 October 2014

RINDU TAPI BENCI

rinduu . tapi benci . dua perasaan yang datang dari satu hati . satu hati yang lembut macam sutera dan kadang kala akan keras serupa batu .

ignore jugak kadang-kadang tapi yelah . nama pun manusia .. sampai bila hati nak macam nie ? saki baki masa yang hanya tinggal beberapa hari je lagi disini . perasaan taksabar , sedih semua ada . tapi banyak taksabar lagi adelah . mungkin dah terlalu lama disini ? mungkin .

aku harap langkah aku kali nie akan lupakan semua yang terjadi . dan bila aku pulang sini semula aku berharap ianya baru dan bersih seperti kain putih yang perlu dicorakkan . tarik nafas sedalam dalamnya . minggu depan dah keluar pada sini . memandangkan final pun dah dekat , lupakan yang remeh seketika .

SELAMAT MAJU JAYA KAWAN KAWAN .

Monday 15 September 2014

Pernah Tak ?



Pernahh ..

Pernah tak kau terfikir ? orang yang selalu mengalah ,
selalu jaga hati dan perasaan kau ,
yang buat kau sentiasa tersenyum puas , gembira and bahagia ,
sebenarnya hati dia hancur berkecai maybe dah lumat then tinggal debu je .
Sebab apa jadi macam tu ?
sebab dia pun manusia , sama macam kau .
tak bermakna dia mengalah , dia taksedih , dia tak menangis ,
cuma dia taktunjuk depan kau . dia taknak nampak lemah depan kau .
bagi dia , kebahagiaan kau lagi penting dari kebahagiaan dia sendiri .
tapi , kau nampak tak semua tu ? kau nampak tak usaha dia ? kau nampak tak pengorbanan dia ?
kau tak nampak kan ?
sebab apa ?
sebab kau cuma tahu puaskan hati kau sendiri , puaskan keinginan kau ! kau tamak ! sampai kau hilang hilang cara , macam mana nak hargai insan lain dalam hidup kau .
Hargailah walau sedikit . Kesian dia nangis tersedu-sedu .
Aku yakin yang kau akan menyesal dan merangkak cari dia suatu hari nanti .